Tuesday, July 21, 2009

bercuti di johor

Cuti sekolah jun lalu..wardah balik bercuti di Johor ngan famili. Lama dah x balik. Rindu bangat ngan org sana. Kebetulan balik musim durian..wahh best giler makan durian..








Durian mania...ni abah wardah, klw boleh nk gigit ngn kulit2nya sekali.


Dialah yg paling banyak mkn durian sampai demam dan cirit-birit. X larat telan pil Chi kit Te Aun..terpaksa g klinik gak

Ni la abah wardah, perutnya memulas..duk tahan sakit..tp x pa dh g klinik..tp bukan dia ja, Wardah pn terkena gak. Tp nasib baik 1 hari ja. Telan pil, pastu dh ok. Alhamdulillah.


makanan untuk org sakit moi sup ayam..sedap gak.



Walau apa pun jua..carving tetap wardah x lupa. Pantang nampak buah ja, tgn ni x boleh duk diam.



Mula tu wardah ukir betik ja. Tp pak uda wardah tgk., dia punya suka tgk. Dia p amik nenas suruh wardah buat lg. Mentang2 la umah dia bnyak nenas. Umah dia ada kebun nenas.















Monday, July 20, 2009

Nak tiru tp x jadi

Satu hari mak wardah beli tembikai lagi. Dia kata suka tgk anak pompuan dia duk mengukir buah. Kali ni bukan tembikai ja, dia deli ngan betik sekali..
Hmm tu dia..berjenuh gak wardah duk pikir nk buat style apa lak..xkan asyik carving yg sama ja. Punya duk pikir nk cari ideal, sampai 3 ari br boleh buat.hehehhe..
Mak wardah sampai bising, buah pun dah masak. Dia ckp klo x nk buat dia nk potong makan ja.
So..wardah pun amik buah..then start carving...
Before that,ada gak view tgk contoh2 carving yg wardah kumpul dr internet..semua mcm x menarik ja nk buat, so wardah try buat mcm sifu wardah ajar first time dulu..


Ini yg sifu wardah buat...

kita tgk yg wardah buat plak cmna....















Ta daaaaaaaa......



ni lah hasilnya...hehehe
sama x?
Sama tp x serupa kan..hampir sama la jugak kan..xkan lah nk jd sebiji saam mcm tu..lain org lain la, masing2 punya kreativiti sendiri. Wardah punya sentuhan nampak kasar. Tu sebabnya pisau carving tu tumpul dan besar. Sepatutnya wardah asah dulu, bilah pisau tu kena tinggal kecik dan nipis ja..baru la dpat mcm sifu buat tu.
Tp x pa..cmtu ok gak kan. Ada org puji gak. Depa kata cantik mcm bunga Pakma.
Iya lah kot..



Lepas tu wardah ukir betik ngan mempelam putik..so jadilah satu gubahan. Selalunya kat majlis kahwin mcmni la org buat. Satu gubahan ukiran buah mesti 3 atau 2 biji. Klw tak, gubahan tu x lengkap dan x cantik.

koleksi ukiranku

Mula tu tak yakin nk ukir bunga ros...takut jadi bunga taik ayam plak..hehhe
Tapi dgn keyakinan yg tinggi dan semangat yg kuat wardah mencuba..akhirnya inilah hasinya..bila dh siap mcm tak caya la pulak..

Yang bunga kecik2 tu,,wardah ingat nk buat satu jambak bunga. Tapi dah tak sempat,so susun ja kat tepi tu. Ok gak kann...
Wardah buat bunga tulip dan ros dari carrot.. yg carrnation pulak dari betik muda.


ini buah betik muda masak kecut, warna dia kurang menarik. So wardah buat ukiran camni pulak..yg sebelah tu wardah buat bebola,konon2nya boleh makan la..


Bagi wardah carving ni yg paling cantik..siap gubah ngn kain satin lg..nampak kemas sikit kan,
br syok sikit tengok.



yg ni pun wardah suka gak. cantik kannn..wah puji sendiri la pulak.
Tapi tak sempat nk hias la. Anyway still nmpak cantik kan..hehehe

Tuesday, July 14, 2009

cuba dan terus mencuba

Hari demi hari Wardah tak jemu dengan carving..tiap hari mesti buat. Tak kira lah dapat buah apa pn....ni carrot..ukiran ni namanya bunga padi
Then, wardah cuba try kat buah tembikai plak
carving ni amit masa 1 jam gak la..first time buat..hehehe
wardah buat 2 gubahan yg berbeza pd satu buah...ini pandangan hadapan...kita tengok pandangan belakang plak ya..
Ta daaaa... ok tak???..simple je kan..saja nk nak variasikan...hehehe

Friday, July 10, 2009

Tentang wardah

Wardah telah menceburi bidang seni ukiran sejak march 2009, iaitu selepas mengikuti kursus pendek asas seni ukiran buah anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis. Memang meminati dalam bidang seni ukiran dan gubahan. Wardah tidak menyangka pendapatan dari bidang ini sangat bagus. Ia bukan sekadar hobi, malah boleh menjana pendapatan sampingan. Terutama kepada suri2 rumah.

Semasa mengikuti ku
rsus seni ukiran ni dengan seorang Chef dari UiTM, rasa tidak percaya bila beliau beritahu bahawa upah pada satu ukiran buah amat mahal. Iayalah dalam bidang seni ukiran perlukan kesabaran, kerajinan, keyakinan dan minat yg mendalam.

Mula2 dulu wardah tak yakin yg wardah boleh buat. Tapi ternyata setelah semangat yg kuat dgn keyakinan yg tinggi serta kerajinan tanpa jemu untuk mencuba. AlLhamdulillah wardah sudah boleh menguasai seni ukiran dgn baik. Setiap kali membuat ukiran buah selalu wardah mendapat pujian. Terutama sekali ibu wardah yg suka sgt bila melihat hasil kerja tangan anaknya ini. Setiap kali kali p tesco ja mesti belikan buah untuk wardah. Kat tesco murah skt. heheheh..

ni hasil ukiran wardah setelah seminggu belajar...ermm seni ukiran nampak masih kasar lagi kan..

Salam

Selamat Datang ke blog Sentuhan Wardah. Syukur ke hadrat IILAHI, wardah dipanjangkan umo dah sihat tubuh badan serta di beri peluang untuk mencipta blog wardah sendiri. Semoga pengunjung 2 blog wardah ni berpuas hati dgn apa yg di sajikan.. so sesapa yang dah view bagi la cadangan, komen atau saranan apa yg patut ya demi untuk kebaikan.
INSYAALLAH wardah akan buat yg terbaik...