



adik2 & sepupu wardah yg membantu untuk setting meja makan beradab pengantin.

Inilah pengantinnya...sepupu wardah
Untuk Azizan dan isteri tercinta...Selamat Pengantin Baru..Moga berkekalan & berbahagia hinnga ke akhir hayat.
ukiran buah....hidangan meja pengantin..gubahan bunga...gubahan hantaran...door gift...cookies









Sedingin salju


Ni la abah wardah, perutnya memulas..duk tahan sakit..tp x pa dh g klinik..tp bukan dia ja, Wardah pn terkena gak. Tp nasib baik 1 hari ja. Telan pil, pastu dh ok. Alhamdulillah.
makanan untuk org sakit moi sup ayam..sedap gak.
Mula tu wardah ukir betik ja. Tp pak uda wardah tgk., dia punya suka tgk. Dia p amik nenas suruh wardah buat lg. Mentang2 la umah dia bnyak nenas. Umah dia ada kebun nenas.


Mula tu tak yakin nk ukir bunga ros...takut jadi bunga taik ayam plak..hehhe
ini buah betik muda masak kecut, warna dia kurang menarik. So wardah buat ukiran camni pulak..yg sebelah tu wardah buat bebola,konon2nya boleh makan la..
ni carrot..ukiran ni namanya bunga padi
carving ni amit masa 1 jam gak la..first time buat..hehehe
Wardah telah menceburi bidang seni ukiran sejak march 2009, iaitu selepas mengikuti kursus pendek asas seni ukiran buah anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis. Memang meminati dalam bidang seni ukiran dan gubahan. Wardah tidak menyangka pendapatan dari bidang ini sangat bagus. Ia bukan sekadar hobi, malah boleh menjana pendapatan sampingan. Terutama kepada suri2 rumah.
Semasa mengikuti kursus seni ukiran ni dengan seorang Chef dari UiTM, rasa tidak percaya bila beliau beritahu bahawa upah pada satu ukiran buah amat mahal. Iayalah dalam bidang seni ukiran perlukan kesabaran, kerajinan, keyakinan dan minat yg mendalam.
Mula2 dulu wardah tak yakin yg wardah boleh buat. Tapi ternyata setelah semangat yg kuat dgn keyakinan yg tinggi serta kerajinan tanpa jemu untuk mencuba. AlLhamdulillah wardah sudah boleh menguasai seni ukiran dgn baik. Setiap kali membuat ukiran buah selalu wardah mendapat pujian. Terutama sekali ibu wardah yg suka sgt bila melihat hasil kerja tangan anaknya ini. Setiap kali kali p tesco ja mesti belikan buah untuk wardah. Kat tesco murah skt. heheheh..
ni hasil ukiran wardah setelah seminggu belajar...ermm seni ukiran nampak masih kasar lagi kan..