Friday, July 10, 2009

Tentang wardah

Wardah telah menceburi bidang seni ukiran sejak march 2009, iaitu selepas mengikuti kursus pendek asas seni ukiran buah anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis. Memang meminati dalam bidang seni ukiran dan gubahan. Wardah tidak menyangka pendapatan dari bidang ini sangat bagus. Ia bukan sekadar hobi, malah boleh menjana pendapatan sampingan. Terutama kepada suri2 rumah.

Semasa mengikuti ku
rsus seni ukiran ni dengan seorang Chef dari UiTM, rasa tidak percaya bila beliau beritahu bahawa upah pada satu ukiran buah amat mahal. Iayalah dalam bidang seni ukiran perlukan kesabaran, kerajinan, keyakinan dan minat yg mendalam.

Mula2 dulu wardah tak yakin yg wardah boleh buat. Tapi ternyata setelah semangat yg kuat dgn keyakinan yg tinggi serta kerajinan tanpa jemu untuk mencuba. AlLhamdulillah wardah sudah boleh menguasai seni ukiran dgn baik. Setiap kali membuat ukiran buah selalu wardah mendapat pujian. Terutama sekali ibu wardah yg suka sgt bila melihat hasil kerja tangan anaknya ini. Setiap kali kali p tesco ja mesti belikan buah untuk wardah. Kat tesco murah skt. heheheh..

ni hasil ukiran wardah setelah seminggu belajar...ermm seni ukiran nampak masih kasar lagi kan..

No comments:

Post a Comment